doa adalah senjata bagi orang mukmin

**********

Semalam…
“kakak, cari doa akhir tahun dan awal tahun hijrah kt internet. Esok kita print, fotostat dan bagi kat budak-budak yang datang cc ye..” pinta ibuku ketika menonton tv..
Aku dengan senang hatinya mengakses internet..
Mahu mencari doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah..
“hmmm..banyak jugak. Nak pilih yang mana ni?”..
Mak kata, “pilih je yang mana-mana, asalkan budak-budak tu senang nak baca..
Sok pagi dh kena bagi dah tau, doa tu kan nak kena baca lepas Asar”..
Pencarian bermula..
‘wah..banyak komen ni..baik aku baca dulu”, hatiku berkata..
Baca punya baca..
Ehh??
Timbul kemusykilan..
Majlis Doa akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah adalah suatu BID’AH!!
-terpana aku seketika-
Aku kembali membaca…
Banyak yang aku tak tahu ni..
Aku mencari lagi..cari dan cari…
Aku mahukan sesuatu pendapat yang kukuh…
Aku dah dapat jawapan kepada persoalan yang bermain-main di minda…

**********

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’)

**********

Lagi...
Ada lagi yang aku baca...

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.

**********

Tapi…
Kita tengok pula pendapat yang ini..

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
  
Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

**********

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : bagaimana pula dengan sambutan Tahun Baru Masihi?

aku tak boleh tdo malam ni..
mata aku xboleh lelap..
kenapa ye??
dah beberapa jam aku mencari jawapannya..
tapi..
masih tidak ada yg betul-betul kukuh..
di mana lagi harus aku cari??

setiap segala sesuatu pasti ada jawapannya

aku pasti...
Aku akan dapat jawapan atas pencarian ini...
untuk..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
persoalan yang perlu diRUNGKAikan!!~

Wallahu'alam..

Naurah Alisha,
Baiti Jannati..

NA : sesuatu tentang hukum dan persoalan perlu ada bukti yang kukuh sebelum dikongsi bersama di sini..
cantik x  cincin pertunangan aku? haha..ngee~ perasan

harini aku nak cakap pasal TREND..
Trend zaman sekarang macam-macam jenis...
dari segi pemakaian tudung, baju, seluar,
aksesori-aksesori dan macam-macam lagi..
Tapi..
Hari ni aku nak sentuh tentang pemakaian cincin..
Pelik aku tengok sekarang ni..
Pakai cincin kat ibu jari, jari telunjuk...
Yang pakai tu pon, bukan budak-budak kaki lepak je ke,
Ataupon mungkin yang agak jahil dalam agama..
Tapi masalahnye sekarang, ustaz ustazah pon sama naik..
Student sekolah agama ke, sekolah biase ke..
Sama je..
Yang penting, IKUT TREND!!
Na’uzubillah...

**********

Jadi..
Kat sini aku nak kongsi untuk diri sendiri dan rakan-rakan..
Tentang cara pemakaian cincin IKUT SUNNAH..
Nak pakai cincin, ada cara-caranya..
Ada adab-adabnya..
Sebab Islam ini SYUMUL dan LENGKAP..
Kalau kita pakai cincin ikut sunnah Nabi, maka dapatlah pahala..

Jom tengok adab dan cara pakai cincin yang betul :

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali RA sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1) JARI MANIS

2) JARI KELINGKING (ANAK JARI)

dan JANGAN memakai pada jari

1) JARI TENGAH

2) JARI TELUNJUK

cara pemakaian cincin yang mengikut sunnah

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

jadi muslimin muslimat sekalian..
marilah kita saling menasihati antara satu sama lain
tentang kaedah yang betul untuk berhiasa dalam syariat Islam...
kalau x, sia-sia sahaja kita dapat kecelakaan dari Allah...
jika kita memakai cincin mengikut sunnah Nabi S.A.W,
maka kita akan mendapat pahala..

Wallahu'alam...

**********

ImageShack, share photos of cincin kahwin, cincin tunang, share pictures of cincin kahwin, cincin tunang, share video of cincin kahwin, cincin tunang, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.
pemakaian cincin bukan hanya sewaktu perkahwinan sahaja

Di tengah keheningan malam ni...

lagu Demi Cinta Zainab kedengaran di corong telingaku...
alangkah pilunya hati ini..
ketika kuperhalusi liriknya..
menitis airmataku..
melihat pengorbanan Srikandi ini...

H.A.Y.A.T.I.L.A.H liriknya...

******

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah

Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya 
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah 
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh 
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

******

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : klu nak baca riwayat hidup Srikandi Islam ni, klik sini..http://atifhidayat.wordpress.com/2009/02/24/zainab-binti-muhammad-bin-abdullah-saw/

Hmm..harini tertunda jugak cita-citaku nak buat nasi ayam..
Alahai..
Sebabnya, mak aku cakap adik aku tu tengah berpantang..
Dia xleh makan kicap, butter..
Semua bahan-bahan tu ada dalam “kisah pembuatan” nasi ayam..
So…
Melepaslah lagi nak buat nasi ayam…
Hai ayam kampung..
Memang xde la rezeki korang nak jadi nasi ayam…
Penat aku “siang” korang tadi..
berekor-ekor...

**********

tapi xpe,
Walaupun xdapat buat nasi ayam,
Aku tetap akan kongsi jugak resepi nasi ayam aku kat blog ni..
Aku penah buat jugak sekali time bulan puasa ritu..
Boleh tahan jugakla sedapnya,
habis semua dimakan oleh familyku dengan lahapnya... hehe

**********

Bahan-bahan :

Perap ayam :
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Kicap cair / kicap pekat
Sos tiram
Garam dan gula

Sup :
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Anak-beranak rempah ratus (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
Sup bunjut
Ayam
Air
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam dan gula
(minyak jangan lupa, utk tumis)

Nasi :
Butter / marjerin
Halia, bawang putih
Sup ayam
Daun sup dan daun bawang (hiasan)
Daun pandan

Sos :
Cili merah
halia
Cuka
Bawang putih
Air
Garam dan gula
(tepung jagung kalau nak pekat)

Kicap :
Kicap
Cili padi
Bawang putih
Sup ayam

Bahan sampingan :
Tomato, timun dan salad

Cara-cara :
1)     Potong ayam ikut saiz yang disukai. Bersih dan toskan.
2)     Untuk sup : tumis segala bahan yang telah dikisar ( halia, bawang besar, bawang putih) bersama dengan rempah ratus. Masukkan ayam, air dan sup bunjut. Masukkan daun sup, daun bawang setelah sup siap.
3)     Untuk perap : toskan ayam sup sebentar tadi dan perap dengan bahan-bahan untuk perap. Lagi lama lagi bagus. Goreng hingga garing.
4)     Untuk nasi : Basuh beras dan toskan. Panaskan butter/marjerin, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan sup secukupnya. Masak seperti biasa (sukatan sup ikut sukatan seperti masak nasi biasa). Masukkan daun pandan untuk berbau wangi.
5) Untuk sos : blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Masak atas api, tambah sedikit tepung jagung jika mahu sos sedikit pekat.
6) Untuk kicap : tumbuk cili padi dengan bawang putih. Masukkan kicap dan sup ayam.

Selamat mencuba!!~ (^_^)

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

p/s: nak masak, masak je.. mesti ikut hati, xpayah ikut chef mana-mana..hehe

Tetiba je kan, nostalgia lama menggamit memori aku.. lagu ini.. seringkali meniti bibir aku dan teman-temanku sewaktu ketika dahulu.. namun kini.. 

******
Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

******

semua itu kini hanya tinggal kenangan yang terpahat kukuh dalam memoriku..
ke mana perginya mereka? mana?
di mana lagi harus aku cari..
jauh aku merantau..
mencari teman..
yang dapat berkongsi kegembiraan bersama..
dan berkongsi kesedihan bersama..
yang mampu membawaku ke jalan yang benar..
yang mampu menasihatiku secara berhikmah..
di mana harus aku cari semua itu??
sudah puas aku berkelana..
mencari si empunya diri..
namun...

harapan hanya tinggal harapan

******

teman hanya bisa memberi senyuman 
tapi seorang sahabat akan memberi kebahagiaan 

teman hanya akan memberi setangkai mawar 
tapi seorang sahabat akan memberi setangkai melati 

teman akan menikam kita dari belakang 
tapi sahabat akan menampar kita dari depan 

teman hanya bisa menerima kelebihan kita 
tapi seorang sahabat akan menerima kekurangan kita 

seribu teman datang saat kita tertawa bahagia 
tapi seorang sahabat akan datang saat kita berderai air mata

******

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.
p/s : kenapa sekarang org lg suka jadi lawan dari jadi kawan?

Sunday, December 5, 2010

Persoalan doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Posted by Naurah Alisha at 7:06 AM 0 comments

Saturday, December 4, 2010

Persoalan yang perlu diRUNGKAikan!!

Posted by Naurah Alisha at 10:34 AM 0 comments
aku tak boleh tdo malam ni..
mata aku xboleh lelap..
kenapa ye??
dah beberapa jam aku mencari jawapannya..
tapi..
masih tidak ada yg betul-betul kukuh..
di mana lagi harus aku cari??

setiap segala sesuatu pasti ada jawapannya

aku pasti...
Aku akan dapat jawapan atas pencarian ini...
untuk..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
persoalan yang perlu diRUNGKAikan!!~

Wallahu'alam..

Naurah Alisha,
Baiti Jannati..

NA : sesuatu tentang hukum dan persoalan perlu ada bukti yang kukuh sebelum dikongsi bersama di sini..

Cincin oh cincin!~

Posted by Naurah Alisha at 2:16 AM 0 comments
cantik x  cincin pertunangan aku? haha..ngee~ perasan

harini aku nak cakap pasal TREND..
Trend zaman sekarang macam-macam jenis...
dari segi pemakaian tudung, baju, seluar,
aksesori-aksesori dan macam-macam lagi..
Tapi..
Hari ni aku nak sentuh tentang pemakaian cincin..
Pelik aku tengok sekarang ni..
Pakai cincin kat ibu jari, jari telunjuk...
Yang pakai tu pon, bukan budak-budak kaki lepak je ke,
Ataupon mungkin yang agak jahil dalam agama..
Tapi masalahnye sekarang, ustaz ustazah pon sama naik..
Student sekolah agama ke, sekolah biase ke..
Sama je..
Yang penting, IKUT TREND!!
Na’uzubillah...

**********

Jadi..
Kat sini aku nak kongsi untuk diri sendiri dan rakan-rakan..
Tentang cara pemakaian cincin IKUT SUNNAH..
Nak pakai cincin, ada cara-caranya..
Ada adab-adabnya..
Sebab Islam ini SYUMUL dan LENGKAP..
Kalau kita pakai cincin ikut sunnah Nabi, maka dapatlah pahala..

Jom tengok adab dan cara pakai cincin yang betul :

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali RA sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1) JARI MANIS

2) JARI KELINGKING (ANAK JARI)

dan JANGAN memakai pada jari

1) JARI TENGAH

2) JARI TELUNJUK

cara pemakaian cincin yang mengikut sunnah

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

jadi muslimin muslimat sekalian..
marilah kita saling menasihati antara satu sama lain
tentang kaedah yang betul untuk berhiasa dalam syariat Islam...
kalau x, sia-sia sahaja kita dapat kecelakaan dari Allah...
jika kita memakai cincin mengikut sunnah Nabi S.A.W,
maka kita akan mendapat pahala..

Wallahu'alam...

**********

ImageShack, share photos of cincin kahwin, cincin tunang, share pictures of cincin kahwin, cincin tunang, share video of cincin kahwin, cincin tunang, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.
pemakaian cincin bukan hanya sewaktu perkahwinan sahaja

Friday, December 3, 2010

Demi Cinta Zainab~

Posted by Naurah Alisha at 9:32 AM 0 comments

Di tengah keheningan malam ni...

lagu Demi Cinta Zainab kedengaran di corong telingaku...
alangkah pilunya hati ini..
ketika kuperhalusi liriknya..
menitis airmataku..
melihat pengorbanan Srikandi ini...

H.A.Y.A.T.I.L.A.H liriknya...

******

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah

Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya 
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah 
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh 
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

******

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : klu nak baca riwayat hidup Srikandi Islam ni, klik sini..http://atifhidayat.wordpress.com/2009/02/24/zainab-binti-muhammad-bin-abdullah-saw/

Thursday, December 2, 2010

Nasi Ayam oh Nasi Ayam!~

Posted by Naurah Alisha at 8:24 AM 1 comments

Hmm..harini tertunda jugak cita-citaku nak buat nasi ayam..
Alahai..
Sebabnya, mak aku cakap adik aku tu tengah berpantang..
Dia xleh makan kicap, butter..
Semua bahan-bahan tu ada dalam “kisah pembuatan” nasi ayam..
So…
Melepaslah lagi nak buat nasi ayam…
Hai ayam kampung..
Memang xde la rezeki korang nak jadi nasi ayam…
Penat aku “siang” korang tadi..
berekor-ekor...

**********

tapi xpe,
Walaupun xdapat buat nasi ayam,
Aku tetap akan kongsi jugak resepi nasi ayam aku kat blog ni..
Aku penah buat jugak sekali time bulan puasa ritu..
Boleh tahan jugakla sedapnya,
habis semua dimakan oleh familyku dengan lahapnya... hehe

**********

Bahan-bahan :

Perap ayam :
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Kicap cair / kicap pekat
Sos tiram
Garam dan gula

Sup :
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Anak-beranak rempah ratus (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
Sup bunjut
Ayam
Air
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam dan gula
(minyak jangan lupa, utk tumis)

Nasi :
Butter / marjerin
Halia, bawang putih
Sup ayam
Daun sup dan daun bawang (hiasan)
Daun pandan

Sos :
Cili merah
halia
Cuka
Bawang putih
Air
Garam dan gula
(tepung jagung kalau nak pekat)

Kicap :
Kicap
Cili padi
Bawang putih
Sup ayam

Bahan sampingan :
Tomato, timun dan salad

Cara-cara :
1)     Potong ayam ikut saiz yang disukai. Bersih dan toskan.
2)     Untuk sup : tumis segala bahan yang telah dikisar ( halia, bawang besar, bawang putih) bersama dengan rempah ratus. Masukkan ayam, air dan sup bunjut. Masukkan daun sup, daun bawang setelah sup siap.
3)     Untuk perap : toskan ayam sup sebentar tadi dan perap dengan bahan-bahan untuk perap. Lagi lama lagi bagus. Goreng hingga garing.
4)     Untuk nasi : Basuh beras dan toskan. Panaskan butter/marjerin, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan sup secukupnya. Masak seperti biasa (sukatan sup ikut sukatan seperti masak nasi biasa). Masukkan daun pandan untuk berbau wangi.
5) Untuk sos : blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Masak atas api, tambah sedikit tepung jagung jika mahu sos sedikit pekat.
6) Untuk kicap : tumbuk cili padi dengan bawang putih. Masukkan kicap dan sup ayam.

Selamat mencuba!!~ (^_^)

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

p/s: nak masak, masak je.. mesti ikut hati, xpayah ikut chef mana-mana..hehe

Wednesday, December 1, 2010

SAHABAT dan TEMAN

Posted by Naurah Alisha at 7:23 AM 0 comments