Salam buat pengunjung2 maya..
(wpon sebenarnya xde pengunjung pon..hueh3)
tuan punya blog baru datang menjenguk blog dia..
wah3, sawang dah berpintal-pintal,
seperti laman sesawang...hahahaha  ^^
adehhh...
naurah alisha..
dia sekarang malas nak update blog..
sebab..
dia tulis blog ikut suka hati dia..uhuh~
so..
.
.
.
.
.
sorry...
dia ada perkara yang perlu diselesaikan..
supaya blog ini xkan menjadi sia-sia..
seperti yang pernah berlaku sebelum ini..
nantian kemunculannya..
dengan imej dan wajah baru..
yang lebih dewasa...
tata~

Baiti Jannati,
Naurah Alisha

Owh, tak sempat nak update blog ni..
kerana kekangan masa yang amat sangat...
dan...
sebab mata ni..
huk3..T_T
dh merah menyala mcm hantu, berair lagi..
kerap sangat ngadap laptop..
smpaikan tadi mak bawak g check mata...
power ada naik sikit...
mujurla, klu tak nak kena tambah power lagi..
duit 2..huhu
tapi...
gembira jugak, mak bagi jam baru...
ehehehehe....
nak yang segi empat jugak..ngada btol..haha
puas cari baru dapat yang berkenan di hati..
yela walaupon jam murah je, tapi berharga tau..
sebab jam yang lama dh rosak..
susah bila xda jam ni...

xmau jam permukaan bulat...

**********

hmmmm...
sekarang aku tengah serabut nak siapkan banyak perkara untuk bengkel Jom Mantapkan Solat yang akan diadakan hari Isnin dan Selasa ni...
fuhh...banyak gler benda nk kena siapkan..
modul, tentatif program, cenderahati, sijil, persiapan, fasi...bla3~
sampai sakit kepala...
mada dah makin hampir...
tapi banyak lagi yang xselesai...
gawat3...
tapi...
Aja2 fighting!!!
InsyaAllah...semuanya akan settle...
aku mohon padaMu Ya Allah..
Engkau permudahkanlah segala urusanku..
Aku bermohon padaMu ya Allah...
semoga program Ibadah ini berjalan dengan lancar Ya Allah...
Aminn.....

jom join ramai-ramai

**********

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : sesapa yang nak antar adik join program ni, sila2..jgn malu2.. =)

salam hulur duit

haii...(-_-)'
makin berisila aku tengok badan aku ni haa..
cuti-cuti sekolah ni, banyak betul kenduri..
apsal la orang nak buat kenduri time cuti sekolah ye? (haha..soalan xlogik)

**********

Cerita pasal kenduri ni kan,
kamu semua penah dengar x pasal SALAM KAUT??
alaaa, kalau kita pergi umah kenduri,
kan ada orang yang hulur duit kat tuan rumah 2..
haaa, 2 la yang dipanggil salam kaut..

**********

Sejak bila pulak tradisi 'salam kaut' ni bermula..
dan siapalah agaknya yang memulakannya ye?
seingat aku, dulu-dulu mana ada 'salam kaut' ni..
tapi kita tengok sekarang,
amalan ni dah jadi macam tradisi pulak kan?
contohnya, kat Besut (kwn aku yg cerita, dia orang Besut)..
kat sana, klu ada walimah, wajib bagi duit kat tuan kenduri..
RM5 dh xmain la sekarang,
nak tak nak, mesti ada RM10..
siap tuan rumah tu bukak sampul lagi check (klu bg dlm smpul la)..
ish3...
terkejut aku dengar..
sampaikan, ada yang tak nak pergi kenduri..
sebabnya, xde duit nak hulur kat tuan rumah..
dari mana la adat tu datang ye?
yang si tuan rumah tu pon,
dah niat buat kenduri, nak beri orang makan,
tp mengharapkan orang bagi duit pulak..
cmne 2?
sampaikan kadang2 tu,
duit yang 'dikaut' melebihi duit yang dikeluarkan untuk belanja kenduri pulak..

**********

Yang sebenarnya, xperlu ada istilah 'salam kaut' ni..
tak salah sekiranya kita nak bagi duit pada tuan rumah..
mungkin untuk bersedekah, dengan niat meringankan beban tuan rumah, atau pasangan pengantin..
maklumlah, baru kahwin mesti banyak benda yang xde kan..
xsalah itu, malah digalakkan kerana niat kita untuk bersedekah..
tapi, si pemberi sedekah janganlah menunjuk-nunjuk di hadapan tetamu-tetamu yang lain..
kononnya, dia bersedekah kepada tuan rumah..
untuk tuan rumah pula, andai ada orang yang bersedekah, ambillah ia..
jangan pula bila tetamu salam dengan tangan kosong,
terus muka berubah masam..
dan jangan pula terus membuka sampul duit yang diberikan (macam gelojoh sgt je)..
dan pada orang ramai..
janganlah mengumpat atau berkata-kata tentang orang..
sama ada tetamu itu bagi duit atau tak,
itu adalah pilihan dia..
keikhlasan si pemberi dan si penerima sangat penting dalam permasalahan ini..
ingat..
kita ingin menbudayakan SEDEKAH,
yang dituntut dalam Islam..
bukan nak lawan sapa bagi banyak, sapa yang tak bagi dan sebagainya...
Wallahu'alam...

**********

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : kalau rasa tak nak bagi orang nampak kita bagi RM brapa, letak je dalam sampul.. takkan tuan rumah tu nak bukak depan-depan tu jugak kan?

Sedar tak sedar..
kini kita telah melangkah ke tahun baru kan?
Tahun Baru Hijrah yang disambut oleh seluruh umat Islam..
bila masuknya tahun baru,
macam-macam azam yang dibuat..
nak study rajin-rajin, nak pakai kereta baru, nak bla..bla..bla..
pada tahun baru 1 Muharam ni,
ramai nak buat ibadah kan?
antaranya, BERPUASA..

**********
sebut pasal puasa, aku ingat lagi zaman kecik-kecik dulu..
dari aku kecik sampai sekarang, ayah aku ajar tiap-tiap tibanya 1 Muharam,
kita puasa sunat..
aku kecik-kecik xtahu pape..
puasa je menonong..
niatnya, aku niat puasa sunat 1 Muharam..
yela, mana la aku tau kan..
smpai ke besar aku niat cmtu..

*********
baru sekarang, aku terlintas..
ada ke niat puasa 1 Muharam?
selama ni beramal, tapi xtahu hujung pangkal..
makin membesar ni, baru fikiran semakin matang..
baru nak fikir apa tujuan, hukum dan segala benda yang dibuat selama ni..
jadi..
aku cari tentang puasa 1 Muharam..
xde..
tiada istilah puasa sunat 1 Muharam...
haaa, sudah!!
aku cari lagi..huh! xde jugak..
aku ambik inisiatif tnya kwn aku, 
dia pro sikit bab-bab ni...
ni jawapan yang dia bagi pada aku (jawapan yg bersumber)

**********
bkenaan puasa bulan muharam, cuma terdapat hadith sahih yg mggalakkan kita berpuasa pd hari asyura (10 muharam) dan hari sebelumnya (9 muharam - krn membezakan dgn puasa ahli kitab). jadi, kite disunatkan puasa pada kedua-dua hari tersebut.

(boleh cari hadith ni di mana-mana laman web yg berautoriti)

tu ptama..

kedua, ada jgk hadith yg menggalakkan mperbanyakkan puasa di bulan muharam.. ada jumpa x hadith ni?

Riwayat muslim:
"Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."

dlm hadith ni, galakan berpuasa disebut secara umum, tak dikhususkan pada hari tertentu.. setiap hadith yg umum mesti dipegang keumumannya kecuali ada hadith yg mengkhususkannya..

bleh fhm?

bermaksud, tiada puasa khusus pd 1 muharam. bmksd, tak dikhususkan kelebihan tersebut utk 1 muharam shja.. cuma dalam hadith sebut, Nabi galakkan puasa pada bulan muharam..

ikut Dr khairuddin, ia tmasuk amalan bid'ah. takde disebut dlm kitab2 fiqh. tmsuk jgk amalan bid'ah yg selalu org kita amal ialah doa awal dan akhir tahun.. yg tu kn tiada dlm hadith.. lebih slh kalau kita iktiqad nabi buat doa tu.. sbb hakikatnya nabi tak buat..

**********

haa... baru la aku faham..
maksudnya kat sini, kita boleh berpuasa di bulan Muharam..
pada 1 Muharam pon boleh..
xmenjadi masalah..
cumanya, tiada niat khusus untuk puasa sunat 1 Muharam..
kita boleh niat puasa sunat di bulan Muharam..
yang penting, kita boleh puasa..
dan xde ye niat 'sahaja aku puasa sunat 1 Muharam kerana Allah Ta'ala'..
salahfahaman ketika aku kecil dulu..
kini sudah dirungkaikan...
kini..aku boleh membuat ibadat tersebut tanpa ragu-ragu..^^

**********

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : kalau nak maklumat lanjut, boleh klik SINI..info lanjut ada di sana.. ^^
doa adalah senjata bagi orang mukmin

**********

Semalam…
“kakak, cari doa akhir tahun dan awal tahun hijrah kt internet. Esok kita print, fotostat dan bagi kat budak-budak yang datang cc ye..” pinta ibuku ketika menonton tv..
Aku dengan senang hatinya mengakses internet..
Mahu mencari doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah..
“hmmm..banyak jugak. Nak pilih yang mana ni?”..
Mak kata, “pilih je yang mana-mana, asalkan budak-budak tu senang nak baca..
Sok pagi dh kena bagi dah tau, doa tu kan nak kena baca lepas Asar”..
Pencarian bermula..
‘wah..banyak komen ni..baik aku baca dulu”, hatiku berkata..
Baca punya baca..
Ehh??
Timbul kemusykilan..
Majlis Doa akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah adalah suatu BID’AH!!
-terpana aku seketika-
Aku kembali membaca…
Banyak yang aku tak tahu ni..
Aku mencari lagi..cari dan cari…
Aku mahukan sesuatu pendapat yang kukuh…
Aku dah dapat jawapan kepada persoalan yang bermain-main di minda…

**********

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’)

**********

Lagi...
Ada lagi yang aku baca...

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.

**********

Tapi…
Kita tengok pula pendapat yang ini..

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
  
Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

**********

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : bagaimana pula dengan sambutan Tahun Baru Masihi?

aku tak boleh tdo malam ni..
mata aku xboleh lelap..
kenapa ye??
dah beberapa jam aku mencari jawapannya..
tapi..
masih tidak ada yg betul-betul kukuh..
di mana lagi harus aku cari??

setiap segala sesuatu pasti ada jawapannya

aku pasti...
Aku akan dapat jawapan atas pencarian ini...
untuk..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
persoalan yang perlu diRUNGKAikan!!~

Wallahu'alam..

Naurah Alisha,
Baiti Jannati..

NA : sesuatu tentang hukum dan persoalan perlu ada bukti yang kukuh sebelum dikongsi bersama di sini..
cantik x  cincin pertunangan aku? haha..ngee~ perasan

harini aku nak cakap pasal TREND..
Trend zaman sekarang macam-macam jenis...
dari segi pemakaian tudung, baju, seluar,
aksesori-aksesori dan macam-macam lagi..
Tapi..
Hari ni aku nak sentuh tentang pemakaian cincin..
Pelik aku tengok sekarang ni..
Pakai cincin kat ibu jari, jari telunjuk...
Yang pakai tu pon, bukan budak-budak kaki lepak je ke,
Ataupon mungkin yang agak jahil dalam agama..
Tapi masalahnye sekarang, ustaz ustazah pon sama naik..
Student sekolah agama ke, sekolah biase ke..
Sama je..
Yang penting, IKUT TREND!!
Na’uzubillah...

**********

Jadi..
Kat sini aku nak kongsi untuk diri sendiri dan rakan-rakan..
Tentang cara pemakaian cincin IKUT SUNNAH..
Nak pakai cincin, ada cara-caranya..
Ada adab-adabnya..
Sebab Islam ini SYUMUL dan LENGKAP..
Kalau kita pakai cincin ikut sunnah Nabi, maka dapatlah pahala..

Jom tengok adab dan cara pakai cincin yang betul :

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali RA sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1) JARI MANIS

2) JARI KELINGKING (ANAK JARI)

dan JANGAN memakai pada jari

1) JARI TENGAH

2) JARI TELUNJUK

cara pemakaian cincin yang mengikut sunnah

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

jadi muslimin muslimat sekalian..
marilah kita saling menasihati antara satu sama lain
tentang kaedah yang betul untuk berhiasa dalam syariat Islam...
kalau x, sia-sia sahaja kita dapat kecelakaan dari Allah...
jika kita memakai cincin mengikut sunnah Nabi S.A.W,
maka kita akan mendapat pahala..

Wallahu'alam...

**********

ImageShack, share photos of cincin kahwin, cincin tunang, share pictures of cincin kahwin, cincin tunang, share video of cincin kahwin, cincin tunang, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.
pemakaian cincin bukan hanya sewaktu perkahwinan sahaja

Thursday, December 23, 2010

BERSAWANG-SAWANG!!~

Posted by Naurah Alisha at 8:11 AM 0 comments
Salam buat pengunjung2 maya..
(wpon sebenarnya xde pengunjung pon..hueh3)
tuan punya blog baru datang menjenguk blog dia..
wah3, sawang dah berpintal-pintal,
seperti laman sesawang...hahahaha  ^^
adehhh...
naurah alisha..
dia sekarang malas nak update blog..
sebab..
dia tulis blog ikut suka hati dia..uhuh~
so..
.
.
.
.
.
sorry...
dia ada perkara yang perlu diselesaikan..
supaya blog ini xkan menjadi sia-sia..
seperti yang pernah berlaku sebelum ini..
nantian kemunculannya..
dengan imej dan wajah baru..
yang lebih dewasa...
tata~

Baiti Jannati,
Naurah Alisha

Thursday, December 9, 2010

Masa semakin HAMPIR!!

Posted by Naurah Alisha at 10:54 AM 0 comments

Owh, tak sempat nak update blog ni..
kerana kekangan masa yang amat sangat...
dan...
sebab mata ni..
huk3..T_T
dh merah menyala mcm hantu, berair lagi..
kerap sangat ngadap laptop..
smpaikan tadi mak bawak g check mata...
power ada naik sikit...
mujurla, klu tak nak kena tambah power lagi..
duit 2..huhu
tapi...
gembira jugak, mak bagi jam baru...
ehehehehe....
nak yang segi empat jugak..ngada btol..haha
puas cari baru dapat yang berkenan di hati..
yela walaupon jam murah je, tapi berharga tau..
sebab jam yang lama dh rosak..
susah bila xda jam ni...

xmau jam permukaan bulat...

**********

hmmmm...
sekarang aku tengah serabut nak siapkan banyak perkara untuk bengkel Jom Mantapkan Solat yang akan diadakan hari Isnin dan Selasa ni...
fuhh...banyak gler benda nk kena siapkan..
modul, tentatif program, cenderahati, sijil, persiapan, fasi...bla3~
sampai sakit kepala...
mada dah makin hampir...
tapi banyak lagi yang xselesai...
gawat3...
tapi...
Aja2 fighting!!!
InsyaAllah...semuanya akan settle...
aku mohon padaMu Ya Allah..
Engkau permudahkanlah segala urusanku..
Aku bermohon padaMu ya Allah...
semoga program Ibadah ini berjalan dengan lancar Ya Allah...
Aminn.....

jom join ramai-ramai

**********

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : sesapa yang nak antar adik join program ni, sila2..jgn malu2.. =)

Tuesday, December 7, 2010

Salam KAUT??

Posted by Naurah Alisha at 6:39 AM 0 comments

salam hulur duit

haii...(-_-)'
makin berisila aku tengok badan aku ni haa..
cuti-cuti sekolah ni, banyak betul kenduri..
apsal la orang nak buat kenduri time cuti sekolah ye? (haha..soalan xlogik)

**********

Cerita pasal kenduri ni kan,
kamu semua penah dengar x pasal SALAM KAUT??
alaaa, kalau kita pergi umah kenduri,
kan ada orang yang hulur duit kat tuan rumah 2..
haaa, 2 la yang dipanggil salam kaut..

**********

Sejak bila pulak tradisi 'salam kaut' ni bermula..
dan siapalah agaknya yang memulakannya ye?
seingat aku, dulu-dulu mana ada 'salam kaut' ni..
tapi kita tengok sekarang,
amalan ni dah jadi macam tradisi pulak kan?
contohnya, kat Besut (kwn aku yg cerita, dia orang Besut)..
kat sana, klu ada walimah, wajib bagi duit kat tuan kenduri..
RM5 dh xmain la sekarang,
nak tak nak, mesti ada RM10..
siap tuan rumah tu bukak sampul lagi check (klu bg dlm smpul la)..
ish3...
terkejut aku dengar..
sampaikan, ada yang tak nak pergi kenduri..
sebabnya, xde duit nak hulur kat tuan rumah..
dari mana la adat tu datang ye?
yang si tuan rumah tu pon,
dah niat buat kenduri, nak beri orang makan,
tp mengharapkan orang bagi duit pulak..
cmne 2?
sampaikan kadang2 tu,
duit yang 'dikaut' melebihi duit yang dikeluarkan untuk belanja kenduri pulak..

**********

Yang sebenarnya, xperlu ada istilah 'salam kaut' ni..
tak salah sekiranya kita nak bagi duit pada tuan rumah..
mungkin untuk bersedekah, dengan niat meringankan beban tuan rumah, atau pasangan pengantin..
maklumlah, baru kahwin mesti banyak benda yang xde kan..
xsalah itu, malah digalakkan kerana niat kita untuk bersedekah..
tapi, si pemberi sedekah janganlah menunjuk-nunjuk di hadapan tetamu-tetamu yang lain..
kononnya, dia bersedekah kepada tuan rumah..
untuk tuan rumah pula, andai ada orang yang bersedekah, ambillah ia..
jangan pula bila tetamu salam dengan tangan kosong,
terus muka berubah masam..
dan jangan pula terus membuka sampul duit yang diberikan (macam gelojoh sgt je)..
dan pada orang ramai..
janganlah mengumpat atau berkata-kata tentang orang..
sama ada tetamu itu bagi duit atau tak,
itu adalah pilihan dia..
keikhlasan si pemberi dan si penerima sangat penting dalam permasalahan ini..
ingat..
kita ingin menbudayakan SEDEKAH,
yang dituntut dalam Islam..
bukan nak lawan sapa bagi banyak, sapa yang tak bagi dan sebagainya...
Wallahu'alam...

**********

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : kalau rasa tak nak bagi orang nampak kita bagi RM brapa, letak je dalam sampul.. takkan tuan rumah tu nak bukak depan-depan tu jugak kan?

Monday, December 6, 2010

Puasa AWAL MUHARAM??

Posted by Naurah Alisha at 10:15 AM 1 comments

Sedar tak sedar..
kini kita telah melangkah ke tahun baru kan?
Tahun Baru Hijrah yang disambut oleh seluruh umat Islam..
bila masuknya tahun baru,
macam-macam azam yang dibuat..
nak study rajin-rajin, nak pakai kereta baru, nak bla..bla..bla..
pada tahun baru 1 Muharam ni,
ramai nak buat ibadah kan?
antaranya, BERPUASA..

**********
sebut pasal puasa, aku ingat lagi zaman kecik-kecik dulu..
dari aku kecik sampai sekarang, ayah aku ajar tiap-tiap tibanya 1 Muharam,
kita puasa sunat..
aku kecik-kecik xtahu pape..
puasa je menonong..
niatnya, aku niat puasa sunat 1 Muharam..
yela, mana la aku tau kan..
smpai ke besar aku niat cmtu..

*********
baru sekarang, aku terlintas..
ada ke niat puasa 1 Muharam?
selama ni beramal, tapi xtahu hujung pangkal..
makin membesar ni, baru fikiran semakin matang..
baru nak fikir apa tujuan, hukum dan segala benda yang dibuat selama ni..
jadi..
aku cari tentang puasa 1 Muharam..
xde..
tiada istilah puasa sunat 1 Muharam...
haaa, sudah!!
aku cari lagi..huh! xde jugak..
aku ambik inisiatif tnya kwn aku, 
dia pro sikit bab-bab ni...
ni jawapan yang dia bagi pada aku (jawapan yg bersumber)

**********
bkenaan puasa bulan muharam, cuma terdapat hadith sahih yg mggalakkan kita berpuasa pd hari asyura (10 muharam) dan hari sebelumnya (9 muharam - krn membezakan dgn puasa ahli kitab). jadi, kite disunatkan puasa pada kedua-dua hari tersebut.

(boleh cari hadith ni di mana-mana laman web yg berautoriti)

tu ptama..

kedua, ada jgk hadith yg menggalakkan mperbanyakkan puasa di bulan muharam.. ada jumpa x hadith ni?

Riwayat muslim:
"Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."

dlm hadith ni, galakan berpuasa disebut secara umum, tak dikhususkan pada hari tertentu.. setiap hadith yg umum mesti dipegang keumumannya kecuali ada hadith yg mengkhususkannya..

bleh fhm?

bermaksud, tiada puasa khusus pd 1 muharam. bmksd, tak dikhususkan kelebihan tersebut utk 1 muharam shja.. cuma dalam hadith sebut, Nabi galakkan puasa pada bulan muharam..

ikut Dr khairuddin, ia tmasuk amalan bid'ah. takde disebut dlm kitab2 fiqh. tmsuk jgk amalan bid'ah yg selalu org kita amal ialah doa awal dan akhir tahun.. yg tu kn tiada dlm hadith.. lebih slh kalau kita iktiqad nabi buat doa tu.. sbb hakikatnya nabi tak buat..

**********

haa... baru la aku faham..
maksudnya kat sini, kita boleh berpuasa di bulan Muharam..
pada 1 Muharam pon boleh..
xmenjadi masalah..
cumanya, tiada niat khusus untuk puasa sunat 1 Muharam..
kita boleh niat puasa sunat di bulan Muharam..
yang penting, kita boleh puasa..
dan xde ye niat 'sahaja aku puasa sunat 1 Muharam kerana Allah Ta'ala'..
salahfahaman ketika aku kecil dulu..
kini sudah dirungkaikan...
kini..aku boleh membuat ibadat tersebut tanpa ragu-ragu..^^

**********

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : kalau nak maklumat lanjut, boleh klik SINI..info lanjut ada di sana.. ^^

Sunday, December 5, 2010

Persoalan doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Posted by Naurah Alisha at 7:06 AM 0 comments
doa adalah senjata bagi orang mukmin

**********

Semalam…
“kakak, cari doa akhir tahun dan awal tahun hijrah kt internet. Esok kita print, fotostat dan bagi kat budak-budak yang datang cc ye..” pinta ibuku ketika menonton tv..
Aku dengan senang hatinya mengakses internet..
Mahu mencari doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah..
“hmmm..banyak jugak. Nak pilih yang mana ni?”..
Mak kata, “pilih je yang mana-mana, asalkan budak-budak tu senang nak baca..
Sok pagi dh kena bagi dah tau, doa tu kan nak kena baca lepas Asar”..
Pencarian bermula..
‘wah..banyak komen ni..baik aku baca dulu”, hatiku berkata..
Baca punya baca..
Ehh??
Timbul kemusykilan..
Majlis Doa akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah adalah suatu BID’AH!!
-terpana aku seketika-
Aku kembali membaca…
Banyak yang aku tak tahu ni..
Aku mencari lagi..cari dan cari…
Aku mahukan sesuatu pendapat yang kukuh…
Aku dah dapat jawapan kepada persoalan yang bermain-main di minda…

**********

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’)

**********

Lagi...
Ada lagi yang aku baca...

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.

**********

Tapi…
Kita tengok pula pendapat yang ini..

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
  
Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

**********

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

Naurah Alisha,
Baiti Jannati.

NA : bagaimana pula dengan sambutan Tahun Baru Masihi?

Saturday, December 4, 2010

Persoalan yang perlu diRUNGKAikan!!

Posted by Naurah Alisha at 10:34 AM 0 comments
aku tak boleh tdo malam ni..
mata aku xboleh lelap..
kenapa ye??
dah beberapa jam aku mencari jawapannya..
tapi..
masih tidak ada yg betul-betul kukuh..
di mana lagi harus aku cari??

setiap segala sesuatu pasti ada jawapannya

aku pasti...
Aku akan dapat jawapan atas pencarian ini...
untuk..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
persoalan yang perlu diRUNGKAikan!!~

Wallahu'alam..

Naurah Alisha,
Baiti Jannati..

NA : sesuatu tentang hukum dan persoalan perlu ada bukti yang kukuh sebelum dikongsi bersama di sini..

Cincin oh cincin!~

Posted by Naurah Alisha at 2:16 AM 0 comments