doa adalah senjata bagi orang mukmin |
**********
Semalam…
“kakak, cari doa akhir tahun dan awal tahun hijrah kt internet. Esok kita print, fotostat dan bagi kat budak-budak yang datang cc ye..” pinta ibuku ketika menonton tv..
Aku dengan senang hatinya mengakses internet..
Mahu mencari doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah..
“hmmm..banyak jugak. Nak pilih yang mana ni?”..
Mak kata, “pilih je yang mana-mana, asalkan budak-budak tu senang nak baca..
Sok pagi dh kena bagi dah tau, doa tu kan nak kena baca lepas Asar”..
Pencarian bermula..
‘wah..banyak komen ni..baik aku baca dulu”, hatiku berkata..
Baca punya baca..
Ehh??
Timbul kemusykilan..
Majlis Doa akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah adalah suatu BID’AH!!
-terpana aku seketika-
Aku kembali membaca…
Banyak yang aku tak tahu ni..
Aku mencari lagi..cari dan cari…
Aku mahukan sesuatu pendapat yang kukuh…
Aku dah dapat jawapan kepada persoalan yang bermain-main di minda…
**********
AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM
Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.
Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.
Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).
Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:
عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً
“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’)
**********
Lagi...
Ada lagi yang aku baca...
PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN
Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.
Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.
As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah).
Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.
(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)
Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.
**********
Tapi…
Kita tengok pula pendapat yang ini..
Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.
Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.
Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.
Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.
Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?
Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.
Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.
Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?
Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.
Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?
Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.
Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?
Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.
Kesimpulan:
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.
Wallahu A'lam
Biodata Penulis :
Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)
**********
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H |
Naurah Alisha,
Baiti Jannati.
NA : bagaimana pula dengan sambutan Tahun Baru Masihi?
0 comments:
Post a Comment