cantik x cincin pertunangan aku? haha..ngee~ |
harini aku nak cakap pasal TREND..
Trend zaman sekarang macam-macam jenis...
dari segi pemakaian tudung, baju, seluar,
aksesori-aksesori dan macam-macam lagi..
Tapi..
Hari ni aku nak sentuh tentang pemakaian cincin..
Pelik aku tengok sekarang ni..
Pakai cincin kat ibu jari, jari telunjuk...
Yang pakai tu pon, bukan budak-budak kaki lepak je ke,
Ataupon mungkin yang agak jahil dalam agama..
Tapi masalahnye sekarang, ustaz ustazah pon sama naik..
Student sekolah agama ke, sekolah biase ke..
Sama je..
Yang penting, IKUT TREND!!
Na’uzubillah...
**********
Jadi..
Kat sini aku nak kongsi untuk diri sendiri dan rakan-rakan..
Tentang cara pemakaian cincin IKUT SUNNAH..
Nak pakai cincin, ada cara-caranya..
Ada adab-adabnya..
Sebab Islam ini SYUMUL dan LENGKAP..
Kalau kita pakai cincin ikut sunnah Nabi, maka dapatlah pahala..
Jom tengok adab dan cara pakai cincin yang betul :
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali RA sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :
1) JARI MANIS
2) JARI KELINGKING (ANAK JARI)
dan JANGAN memakai pada jari
1) JARI TENGAH
2) JARI TELUNJUK
cara pemakaian cincin yang mengikut sunnah |
Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
jadi muslimin muslimat sekalian..
marilah kita saling menasihati antara satu sama lain
tentang kaedah yang betul untuk berhiasa dalam syariat Islam...
kalau x, sia-sia sahaja kita dapat kecelakaan dari Allah...
jika kita memakai cincin mengikut sunnah Nabi S.A.W,
maka kita akan mendapat pahala..
Wallahu'alam...
**********
pemakaian cincin bukan hanya sewaktu perkahwinan sahaja |
0 comments:
Post a Comment